COVID-19: Malaysia Catat 110 Kes Baharu Setakat 19 Mac, Kini Cecah 900 Kes Keseluruhan

COVID-19: Malaysia Catat 110 Kes Baharu Setakat 19 Mac, Kini Cecah 900 Kes Keseluruhan

Sehingga 19 Mac 2020 jam 12 tengah hari, KKM telah melaporkan terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 900 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 110 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

KKMPutrajaya

@KKMPutrajaya

110 kes baru dilaporkan pd 19 Mac. 63 kes adalah dari kluster perhimpunan tabligh.

83 rakyat Malaysia yang berada di Sulawesi akan lalui saringan kesihatan dan kuarantin 14 hari. – @DrAdhamBaba

View image on Twitter

Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Manakala 15 kes telah dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj adalah sebanyak 75 kes.

Share this post