COVID-19: Malaysia Kini Catat Keseluruhan 553 Kes Setakat 16 Mac Dengan 125 Kes Baharu

COVID-19: Malaysia Kini Catat Keseluruhan 553 Kes Setakat 16 Mac Dengan 125 Kes Baharu

Melalui perkongsian terbaharu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes keseluruhan positif COVID-19 di negara ini setakat 16 Mac 2020 telah mencatatkan sebanyak 553 kes.

Hari ini 125 kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan dan KKM telah mendedahkan bahawa 95 kes adalah berkaitan dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Masji Jamek Seri Petaling.

KKMPutrajaya

@KKMPutrajaya

TERKINI: 125 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia, 16 Mac 2020.

95 drpd 125 kes ini berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

Keseluruhan 553 kes setakat ini:
1. 511 sedang dirawat (12 ICU)
2. 42 telah sembuh

Kenyataan penuh KKM menyusul.

Setakat ini, 12 kes positif COVID-19 masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Manakala 42 kes lagi telah sembuh dan discaj dari hospital.

KKM juga dilaporkan akan mengambil lebih 800 jururawat baru sebagai persediaan menghadapi kemungkinan penularan jangkitan menjadi lebih serius. Kesemua jururawat secara lantikan kontrak selama dua tahun ini merupakan lepasan institut latihan KKM.

Share this post