Nubia Red Magic 5G Rasmi -Snapdragon 865, RAM 16GB, 144Hz, 55W Dan Kipas Penyejukan Aktif

Nubia Red Magic 5G Rasmi -Snapdragon 865, RAM 16GB, 144Hz, 55W Dan Kipas Penyejukan Aktif

Sebagaimana yang dinanti-nantikan, kini Nubia Red Magic 5G telahpun dilancarkan secara rasmi di China dengan membawakan pelbagai penambahbaikan spesifikasi yang dikhususkan untuk para gamers.

Nubia Red Magic 5G dikuasakan dengan cipset paling berkuasa iaitu Snapdragon 865, dan dioperasikan oleh antaramuka Red Magic OS Cyber Edition berasaskan Android 10. Prestasinya turut dilengkapi dengan RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan juga storan UFS 3.0 sehingga 256GB.

Paparan skrinnya pula tersedia dengan panel AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) sebesar 6.65 inci yang menjanjikan paparan yang lebih lancar dengan sokongan kadar segar semula sehingga 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 240Hz.

Ia juga menyokong saiz bezel nipis bagi menempatkan kamera swafoto beresolusi 8MP. Tanpa rekaan takuk yang menggangu skrin, sensor pengimbas cap jari optikal turut tersedia pada paparan skrin peranti ini. Manakala kamera utamanya pula didatangkan dengan tiga kamera beresolusi 64MP (Sony IMX686) + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro).

Nubia Red Magic 5G turut didatangkan dengan dua butang bahu yang sangat sensitif pada sentuhan, bagi memastikan pengalaman kawalan permainan yang lebih baik. Tidak cukup dengan itu, sisi kerangka peranti ini turut tersedia dengan pin dok untuk sambungan aksesori tambahan (seperti pengecas atau fon telinga) ketika bermain.

Lebih istimewanya, Nubia Red Magic 5G hadir dengan dua sokongan teknologi penyejukan yang menggabungkan antara sistem penyejukan udara dan juga cecair yang dikenali sebagai ICE 3.0. Kehadiran kipas penyejukan aktif dengan kelajuan maksimum sehingga 15000 RPM yang mampu mengurangkan suhu CPU sehingga 18°C (termasuk bantuan cecair penyejukan).

Nubia Red Magic 5G yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500mAh ini turut menjanjikan masa mengecas yang lebih pantas dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 55W. Menariknya ia turut menyokong teknologi Quick Charge 4.0 dan juga Power Delivery 3.0.

Pengalaman multimedia pada peranti ini sememangnya sangat baik kerana ia hadir dengan speaker stereo DTS X Ultra, bicu audio 3.5mm, dan juga sokongan getaran permainan 4D dengan sokongan motor getaran linear.

Harga jualan Nubia Red Magic 5G di China:

  • Cyber Neon/Mars Red/Hacker Black
    • 8GB + 128GB – CNY3,799 (~RM2,329)
    • 12GB + 128GB – CNY4,099 (~RM2,513)
    • 12GB + 256GB – CNY4,399 (~RM2,697)
    • 16GB + 256GB – CNY4,999 (~RM3,064)
  • Tranparent Edition
    • 12GB + 256GB – CNY4,599 (~RM2,819)
    • 16GB + 256GB – CNY5,199 (~RM3,187)

Share this post