realme 6i Disahkan Akan Hadir Dengan Kuad Kamera 48MP, Bakal Dilancarkan 17 Mac 2020

realme 6i Disahkan Akan Hadir Dengan Kuad Kamera 48MP, Bakal Dilancarkan 17 Mac 2020

Hujung bulan Februari yang lepas, rekaan sebenar realme 6i telahpun tertiris di Internet dan dipercayai hadir dengan sokongan kuad kamera beresolusi 48MP untuk lensa utamanya.

Ternyata ketirisan berita itu adalah tepat selepas realme Myanmar telahpun mengesahkan perkara tersebut melalui akaun Facebook rasminya hari ini. Berdasarkan perkongsian tersebut, realme 6i telah disahkan akan hadir dengan sokongan kuad kamera 48MP dengan rekaan kamera mirip seperti realme 6 dan 6 Pro.

Selain itu, realme 6i juga telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada minggu depan iaitu 17 Mac 2020 (Selasa), bermula jam 3 petang waktu di Myanmar.

Baca juga:

Share this post