realme India Sahkan Kemunculan realme 6 dan realme 6 Pro Tidak Lama Lagi

realme India Sahkan Kemunculan realme 6 dan realme 6 Pro Tidak Lama Lagi

Selepas mengumumkan telefon pintar mercu 5G pertamanya dengan pelancaran model realme X50 Pro 5G dua hari lepas, kini realme India telah mengesahkan kemunculan dua lagi model dari kelas pertengahan terbaharunya tidak lama lagi iaitu realme 6 dan realme 6 Pro.

Perkara ini telah dikongsikan melalui ciapan di Twitter rasmi realme India, namun begitu buat masa ini tarikh pelancaran siri realme 6 tidak pula didedahkan kepada umum.

realme

@realmemobiles

Do you spot the number?
Your smartphone universe is about to change very soon.
Stay tuned, we’re launching something that would ‘capture’ your soul.

View image on Twitter
672 people are talking about this

Melalui perkongsian berasingan oleh Madhav Sheth selaku CEO realme, kini terdapat lebih daripada 9 juta pengguna telefon pintar realme dalam tempoh 18 bulan di India.

Berdasarkan perkongsian itu, lebih 6 juta terdiri daripada pengguna realme 1, realme 2, realme 3 dan juga realme 5. Manakala untuk model realme 2 Pro, realme 3 Pro dan realme 5 Pro pula telah mencatatkan lebih 3 juta pengguna di negara itu.

Madhav 5G

@MadhavSheth1

With 9 million+ satisfied users in India within 18 months, the number series & Pro series is the most loved in the family!
Adding more to this series. Will reveal tomorrow!
Any guesses?

View image on TwitterView image on Twitter
331 people are talking about this

Semalam kami ada berkongsi sebuah telefon pintar yang dipercayai model realme 6i yang berjaya didedahkan melalui laman rasmi FCC. Berdasarkan pendedahan itu, realme 6i menyokong kuad kamera 48MP, bateri 5000mAh, dan juga pengecasan pantas 18W menggunakan USB Type-C.

Baca juga:

Share this post