realme X50 Pro 5G Disahkan Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 65W SuperDart Charge

realme X50 Pro 5G Disahkan Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 65W SuperDart Charge

Sebelum ini realme telahpun melancarkan realme X50 dengan sokongan Snapdragon 765G yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas 30W VOOC 4.0. Bahkan realme juga telah dikhabarkan akan hadir dengan satu lagi model dari siri yang sama iaitu realme X50 Pro 5G yang disasarkan untuk pasaran peranti mercu.

We could think of a million situations in which having no battery could ruin your day.

But during the time you have been thinking about this, you would have already charged the with its 65W SuperDart Charge to keep you going.

Menariknya baru-baru ini melalui perkongsian di Twitter, realme telahpun mengesahkan sokongan teknologi pengecasan pantas terbaharunya iaitu 65W SuperDart Charge untuk realme X50 Pro 5G.

Selain pengecasan pantas 65W, realme X50 Pro 5G turut disahkan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, sambungan 5G dwi mod (SA/NSA), dan juga menyokong paparan skrin FHD+ dengan kadar segar semula mencecah sehingga 120Hz.

Share this post