[Ulasan] HUAWEI Nova 7i – Pengalaman Kami Menggunakan Peranti Dengan Sokongan HMS…

[Ulasan] HUAWEI Nova 7i – Pengalaman Kami Menggunakan Peranti Dengan Sokongan HMS…

HUAWEI sebelum ini telahpun memperkenalkan cipset berasaskan proses 7nm keduanya iaitu Kirin 810. Bahkan ia telah dilancarkan secara rasmi serentak dengan model HUAWEI Nova 5 pada Jun tahun 2019 yang lalu. Namun begitu, model ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

Setelah sekian lama menanti, kini HUAWEI Malaysia akhirnya telah hadir dengan model HUAWEI Nova 7i yang merupakan telefon pertama di negara ini yang menyokong cipset Kirin 810. Apa yang pasti, berbeza dengan siri HUAWEI Nova sebelum ini, Nova 7i dilihat telah memfokuskan kepada persekitaran HMS (HUAWEI Mobile Services).

SPESIFIKASI:

  • EMUI 10.0.1 (Android 10)
  • Kirin 810 (7nm)
  • 2x 2.27GHz Cortex-A76 + 6x 1.88GHz Cortex-A55
  • Mali-G52 MP6
  • 8GB LPDDR4X + 128GB (UFS2.1)
  • NM SD Card sehingga 256GB
  • 6.4 inci IPS LCD FHD+ (2310 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle, f/2.4) + 2MP (Macro, f/2.4) + 2MP (Bokeh)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • Rakaman video: 1080p 30fps
  • Video Slo-Mo: 480fps@720p, 120fps@720p
  • 4200mAh (HUAWEI SuperCharge 40W)
  • USB Type-C, WiFi 802.11ac (2.4GHz/5GHz), Bluetooth 5.0, Bicu audio 3.5mm
  • Accelerometer, Ambient light sensor, Proximity sensor, Gravity sensor, Digital compass
  • Pengimbas cap jari (terbina-dalam pada butang kuasa)
  • 159.2 x 76.3 x 8.7mm / 183g
  • Pilihan warna: Sakura Pink / Midnight Black / Crush Green

PAKEJ PEMBELIAN

Jika anda perasan, HUAWEI sememangnya lebih gemar mengambil pendekatan untuk tampil dengan kotak pembungkusan yang ringkas. Bahkan untuk kotak pembungkusan Nova 7i ini juga ia didatangkan dalam kotak berwarna putih.

Tetapi apa yang membezakan kotak pembungkusan Nova 7i ini berbanding siri Nova yang lain adalah cetakan ‘Explore It On AppGallery’. Ini sebenarnya merujuk kepada penggunaan HMS yang mungkin terasa sedikit asing bagi pengguna tegar Android. (Kami akan bercerita lebih lanjut tentang HMS di bawah).

Apabila kotak ini dibuka, anda jelas boleh melihat Nova 7i yang disimpan di dalam plastik. Manakala bahagian bawah peranti ini telah tersedia dengan aksesori tambahan termasuklah pin untuk membuka slot kad, sarung pelindung jernih jenis TPU, fon telinga asas, kabel USB Type-C dan juga palam kuasa HUAWEI SuperCharge 40W.

REKAAN FIZIKAL

Tidak dinafikan bahawa rekaan panel skrin Nova 7i sebenarnya tidak begitu jauh berbeza dengan model Nova 5T, ini kerana kedua-dua model ini memiliki lubang kamera pada bahagian atas kiri skrin. Namun begitu, resolusi kamera depan Nova 7i tampil lebih rendah iaitu hanya 16MP berbanding 32MP pada Nova 5T.

Pada penelitian kami, kerangka Nova 7i ini dipercayai diperbuat daripada plastik dengan kualiti binaan yang kelihatan sangat baik. Bahagian sisi kiri kerangka peranti ini menempatkan slot kad yang tersedia dengan dua slot kad SIM hibrid bersaiz nano.

Sekiranya memori dalaman sebesar 128GB masih tidak mencukupi, anda masih boleh menggunakan NM SD Card dengan kapasiti maksimum sehingga 256GB. Cuma harga kad SD ini agak mahal kerana ia dijual pada harga mencecah lebih RM400 di pasaran untuk kapasiti 256GB.

Sisi kanan kerangka Nova 7i pula seperti biasa telah tersedia dengan dua butang fizikal iaitu butang melaras suara, dan juga butang kuasa yang agak lebar. Menariknya kedudukan pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa ini sememangnya praktikal kerana ia mudah diakses menggunakan jari telunjuk (tangan kiri) ataupun ibu jari (tangan kanan).

Selain proses imbasan cap jari yang sangat pantas, anda juga boleh memilih untuk meletakkan jari di atas permukaan butang kuasa ataupun menekan butang kuasa untuk mengakses peranti ketika berada dalam mod sleep. Nova 7i juga turut menyokong proses pengecaman wajah yang pantas.

HUAWEI Nova 7i turut menjanjikan akses yang lengkap kerana ia didatangkan dengan sokongan port USB Type-C dengan teknologi pengecasan pantas, dan juga bicu audio 3.5mm yang membolehkan anda untuk menggunakan fon telinga dengan sambungan 3.5mm yang diberikan percuma dalam pakej pembelian.

KUAD KAMERA 48MP

Panel belakang Nova 7i sememangnya sangat menonjol, tetapi dalam masa yang sama menimbulkan kontroversi kerana rekaan kameranya dikatakan mirip seperti rekaan kamera sebuah jenama popular yang digilai oleh ‘instafamous’.

Tetapi pada pendapat kami, rekaan kamera matriks seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana HUAWEI terlebih dahulu memperkenalkannya pada siri Mate 20 pada tahun 2018 yang lalu. Cuma kedudukan kamera pada Nova 7i kini telah diubah kedudukannya pada sisi kiri, berbanding tengah sebelum ini.

Didatangkan dengan kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, Nova 7i menjanjikan keupayaan penggambaran yang berbeza termasuklah sudut lebar, bokeh dan juga makro.

Menariknya Nova 7i juga mampu mengambil gambar malam yang jauh lebih terang tanpa noise. Ini kerana ia dilengkapi dengan kombinasi teknologi HUAWEI AI Image Stabilization dan juga mod Handheld Super Night. Tanpa perlu menggunakan tripod, anda kini boleh mengambil gambar long exposure sehingga 7 saat tanpa menyebabkan hasil gambar kabur.

Pada pendapat kami, kualiti gambar menggunakan kamera Nova 7i ini sememangnya sangat baik bagi sebuah telefon pintar dalam segmen harga bawah RM1200. Ini kerana cipset Kirin 810 turut dilengkapi dengan teknologi pemprosesan imej ISP + IVP yang mampu mengurangkan noise dan juga mempertingkatkan white balancesetanding peranti mercu yang lebih mahal.

Share this post