WhatsApp Untuk iOS Dan Android Kini Terima Tema Gelap Secara Rasmi

WhatsApp Untuk iOS Dan Android Kini Terima Tema Gelap Secara Rasmi

Ramai pengguna mendambakan tema gelap untuk WhatsApp memandangkan semakin banyak aplikasi yang menyokongnya pada masa kini.

Hari ini, WhatsApp telah melepaskan kemas kini terbaru yang membawakan ciri tersebut untuk semua peranti di dua platfom iOS dan Android.

Untuk iPhone, tema gelap WhatsApp akan diaktifkan secara automatik mengikut sistem peranti manakala peranti Android pula boleh diaktifkan dengan mengakses tetapan dari aplikasi.

Di Android, pengguna boleh menghidupkannya dengan cara WhatsApp Settings > Chat > Theme > pilih ‘Dark’.

Share this post